Sunday, August 12, 2012

6 Tabiat Yang Paling Efektif Yang Anda Tiada.

Anda mempunyai terlalu banyak yang perlu dilakukan dan terlalu sedikit masa untuk melakukannya.
Tetapi anda mempunyai rakan yang seolah-olah dapat melakukan segala-galanya. Dia sibuk tetapi nampaknya tidak tertekan atau terburu-buru. Dia boleh menguruskan keluarga, kerja dan hobi dengan mudah, dan dapat meluangkan masa untuk hujung minggu secara tetap.
Bagaimana dia melakukannya? Adakah dia mempunyai tongkat ajaib atau adakah dia ada beberapa ekor jin untuk menolongnya?
Tidak, ia adalah lebih biasa daripada itu.


Sama ada anda berfikir demikian atau tidak, anda mempunyai tabiat yang menarik anda turun, membuat anda kurang berkesan daripada rakan anda dan meninggalkan anda dengan senarai What To Do yang tidak pernah berakhir.
Dari mana tabiat buruk datang? Anda bukan seorang yang jahat - anda tidak mahu senarai What To Do yang tidak berakhir atau untuk merasa frazzled pada akhir hari. Anda mahu sesuatu dilakukan.
Ia adalah kerana anda telah melakukan perkara-perkara dengan cara yang sama untuk sekian lama, anda tidak melihat bagaimana terkandasnya anda. Itulah definisi kebiasaan: "corak tingkah laku yang diperolehi oleh pengulangan yang kerap." Tiada niat untuk meningkatkan kecekapan.


Tetapi perkara yang indah tentang tabiat anda ialah anda boleh menukarnya. Buang tabiat yang tidak produktif dan dapatkan yang baru yang berkuasa dan jadi salah seorang dari orang-orang yang amat berkesan.
Berikut adalah tujuh tabiat anda tidak punyai, bersama-sama dengan cara-cara untuk menyingkirkan mereka:


Terlalu Banyak Tugas

Ia mungkin kelihatan bijak untuk melakukan beberapa perkara sekaligus, tetapi secara jujurnya anda melakukan semuanya dengan ala kadar saja. Ada had kepada apa yang otak kita boleh mengendalikan pada satu-satu masa dan pelbagai tugasan hanya akan menyebabkan anda menjadi tidak cekap dan tertekan.

Pembaikan: Lakukan satu perkara pada satu masa. Ianya menenangkan fikiran, membolehkan anda untuk menumpukan perhatian dan anda akan melakukan kerja yang lebih baik dan menikmati proses. Sebaik sahaja anda selesaikan satu perkara, check it daripada senarai dan bergerak ke depan. Mudah.


Menghabiskan masa paling produktif anda kepada tugas yang tidak penting

Anda selalu bangun awal pagi? Kemudian anda membazirkan "masa bertenaga tinggi" jika anda browsing Facebook, berchating atau memanggil kawan untuk berbual sebelum makan tengah hari.

Perbaiki: Setiap malam membuat senarai WhatTo Do untuk hari akan datang, tidak lebih daripada dua atau tiga tugas yang paling penting. Tahu masa anda yang produktif (pagi, tengah malam, bila-bila masa), kemudian jadualkan perkara-perkara penting untuk jam tersebut. Selepas anda telah selesaikan senarai What To Do untuk hari itu, barulah beralih kepada tugas yang tidak penting.


Bermula dan berhenti dan bermula semula

Ketidakselarasan adalah musuh produktiviti. Dan ia mengecewakan mempunyai tugas atau projek yang mengambil masa yang lebih panjang daripada yang sepatutnya.

Perbaiki: Anda tidak perlu menjadi pintar, orang yang paling berbakat tetapi anda perlu menjadi konsisten. Buat seperti biasa, tindakan yang konsisten, walaupun ia terasa seperti anda tidak mendapat perubahan, hari demi hari. Masa akan menentukannya. (Think Thomas Edison: “I have not failed. I've just found 10,000 ways that won’t work.”)


Akui ketakutan anda

Ketakutan adalah perkara biasa, ia bermakna anda sedang mencabar diri anda. Hanya kerana anda sedang takut ini tidak bermakna anda harus mengelak daripadanya. Ia mungkin menjadi perkara yang terbaik untuk anda.

Perbaiki: Apakah perkara terburuk yang berlaku jika anda takut? Ia akan membunuh anda? Tidak? Baik. Mempertimbangkan apa yang boleh berlaku - realistik - jika anda melakukan perkara itu. Bayangkan senario, dan bayangkan diri anda berurusan dengannya. Biar saya beritahu anda rahsia: perkara terburuk mungkin tidak akan berlaku. Lepaskan rasa takut dan teruskan langkah anda.


Menetapkan matlamat yang samar-samar

Anda kata anda mahu "membuat lebih banyak wang" atau "menjadi lebih sihat," tetapi apa makna matlamat tersebut? Ianya terlalu kabur untuk menterjemahkan apa-apa jenis tindakan yang akan menyebabkan anda "pegun" selama-lamanya.

Perbaiki: Tetapkan matlamat dan menjadikan mereka SMART: Spesifik, Measurable (boleh diukur), Attainable (boleh dicapai), Realistik, dan Timely (tepat pada masanya). Tukar "membuat lebih banyak wang" kepada "menambah satu pelanggan baru sebulan," atau "lebih sihat" kepada "berjalan 30 minit, lima hari seminggu selama tiga bulan." Kagumilah kemajuan anda.


Menyalahkan keadaan atau orang lain mengapa anda tidak boleh mencapai matlamat anda

Menyalahkan adalah permainan orang kalah. Pasti, anda mempunyai akaun bank ciput atau bos yang teruk, tetapi pada akhirnya ia semuanya berkenaan hidup anda. Merengek dan mengatakan "miskinnya aku", akan menjauhkan anda dari matlamat anda.

Perbaiki: Tegakkan kepala anda dan ambil tanggungjawab. Anda bertanggungjawab kepada diri sendiri dan dunia untuk menyerlahkan bakat anda dan melangkah ke dalam kejayaan anda. Miliki diri anda sepenuhnya, dahulu, sekarang, dan masa depan. Berhenti membazirkan tenaga dengan mengadu dan anda melihat produktiviti anda meningkat.









0 comments:

Post a Comment