Wednesday, August 29, 2012

5 Ciri Penting Yang Dimiliki Oleh Orang Berjaya

Kenapa orang yang berjaya itu berjaya dalam kehidupan mereka? Kenapa kita ini masih disini walaupun telah berusaha sehabis daya? Apakah lagi yang belum kita lakukan atau kita tertinggal sesuatu?

Inilah soalan-soalan cepu emas yang akan menerjah minda kita bila merasakan usaha kita gagal.

Jadi mari kita lihat dan selami 5 ciri penting yang dipunyai oleh "orang yang berjaya".

Gallup Organisation telah melakukan kajian yang memusatkan perhatian secara serius pada faktor kejayaan dengan mencungkil sikap serta ciri-cirinya daripada 1500 orang terkemuka yang dipilih secara rambang dari buku Who's Who In America. Kriteria utama utama dalam buku ini bukanlah kekeyaan atau kedudukan sosial melainkan prestasi mutakhir dalam sesuatu bidang tertentu. Penelitian telah menunjukkan bahawa ada ciri-ciri tetap yang dipunyai oleh mereka yang berjaya. Ianya disenaraikan seperti dibawah:

1. Akal Yang Sihat
Ini merupakan ciri paling penting yang dimiliki oleh para responden. 79% menilai tinggi ciri ini. 61% mengatakan bahawa akal yang sihat merupakan ciri paling penting yang memungkinkan mereka berjaya.

Bagi kebanyakkan orang akal yang sihat adalah kemampuan untuk respon kepada pertimbangan logik dan praktik tentang berbagai urusan harian. Perlu diketepikan idea-idea yang tiada hubungan dengan persoalan tadi dan berusaha untuk menguasai intipati persoalan tersebut. Seorang tokoh minyak dan gas yang terkemuka dari Texas mengungkap ciri ini seperti berikut,"Kemampuan utama untuk meraih kejayaan adalah 'menyederhanakan' persoalan. Dalam memimpin sekumpulan orang dan berhadapan dengan pengurus industri, hal yang penting adalah mengubah masalah yang rumit menjadi mudah."

Apakah akal yang sihat merupakan ciri yang melekat pada diri seseorang sejak lahir? Dapatkah kita melakukan sesuatu untuk meningkatkannya? Tokoh minyak itu menjawab bahawa akal yang sihat boleh dikembangkan. Ia mengaitkan kemampuan akal yang sihat dengan belajar bagaimana berdebat disekolah. Cara lain untuk meningkatkan kemampuan akal adalah dengan belajar dari kesalahan orang dan dari kesalahan diri sendiri.

2. Kuasai Bidang Anda
Pengetahuan khusus mengenai bidang anda merupakan ciri kedua yang dimiliki oleh semua responden. 3/4 daripada responden memberikan nilai A untuk diri mereka sendiri dalam hubungan dengan ciri ini.

Ahli geologi, Philip Oxley, bekas presiden Tenneco Oil Exploration and Production Co. dan ketua Tenneco Eropah, menganggap kejayaannya disebabkan dia bekerja dibidang minyak. Dengan "duduk diatas telaga minyak dan memerhatikan para pekerja terumbang ambing" dia belajar dari dekat selok belok perniagaan tersebut. Sesiapa yang ingin menjadi pengurus yang baik perlu memiliki pemahaman tentang cara pengendalian perniagaan mereka", katanya. Kini keahliannya menghasilkan pendapatan jutaan dollar.

Berdasarkan pengalaman langsung dalam perniagaannya, seorang jurufoto untuk akhbar merasa yakin betapa pentingnya pengetahuan khusus. "Pemahaman tentang cara kerja alat yang saya miliki merupakan petunjuk untuk menggunakannya>" adalah sebahagian dari faktor kejayaannya. Apa yang lebih penting lagi dia memperolehi pengetahuan khusus tersebut melalui pendidikan peribadi dan bukan melalui pendidikan formal.

Pengetahuan khusus bukanlah sesuatu yang boleh anda perolehi begitu saja. Proses belajar akan terus berlangsung, bahkan setelah anda mencapai masa kemuncak anda. "Untuk meraih kejayaan anda harus menginginkannya kemudian anda harus berusaha untuk mempertahankannya."

3. Kepercayaan Diri
Golongan yang berjaya banyak bergantung kepada sumber daya dan kemampuan yang mereka miliki. 70% memberikan nilai A untuk dirinya dalam kaitan dengan ciri ini.

Kepercayaan diri bukanlah bagaimana perasaan anda atau bagaimana baiknya anda, melainkan apakah anda mempunyai inisiatif untuk melakukan sesuatu tindakan demi memperolehinya. Termasuklah didalamnya kemahuan yang kuat dan kemampuan untuk mencapai tujuan.

2/3 respoden mengatakan bahawa mereka sudah mempunyai tujuan yang jelas untuk kehidupan dan kerjaya mereka . Sebahagian mereka memberikan nilai A untuk kemajuan yang memberansangkan. Kemampuan lainnya ialah kesediaan menjadi seorang pemula dan kemampuan untuk menyelesaikan projek yang telah dimulai.

Seorang akauatan berijazah yang telah berjaya membina sebuah firma akauntan terbesar di bahagian barat laut Amerika mengatakan, "Faktor kejayaan dalam bidang yang saya ceburi bukan hanya berbangga dengan pekerjaan saya melainkan keberanian dan kesediaan bekerja berjam-jam bagi mencapai tujuan yang dikehendaki."

4. Kecerdasan Umum
Ini merupakan hal yamg penting untuk mencapai prestasi luarbiasa kerana kecerdasan umum mencakup pula kemampuan alamiah untuk memahami konsep-konsep yang sulit secara cepat dan untuk menganalisisnya secara jelas dan tepat. 43% responden mengatakan itulah unsur yang paling penting bagi kejayaan mereka. 52% lagi mengatakan bahawa kecerdasan umum merupakan unsur yang cukup penting.

Kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa banyak jenis kecerdasan tidak dapat diukur dengan method biasa seperti test I.Q. Apa yang menarik ialah para responden mempunyai nilai I.Q yang cukup tinggi, dengan nilai purata 140.

Berdasarkan penyelidikan, bahawa kecerdasan umum para responden terdiri dari paling kurang tiga unsur disamping I.Q : wawasan yang luas dan kemampuan membaca serta menulis yang baik. Sebelum kajian ini mereka membaca purata 19 buku, termasuk 10 karya non-fiksyen.

Berbicara tentang kecerdasan, golongan yang mencapai puncak prestasi tidak hanya memusatkan tumpuan bahawa ia berkaitan dengan pembawaan lahir. Seorang eksekutif kewangan mengungkapkannya sebagai berikut: "Akal yang suka menyelidik dan minat yang sangat mendalam merupakan dasar untuk meraih kejayaan".

5. Kemampuan Untuk Melakukan Sesuatu Hingga Selesai
Hampir 3/4 golongan yang memiliki prestasi yang tinggi berada pada deretan orang yang "sangat efisen" dalam menyelesaikan tugas mereka. Mereka bersetuju bahawa paling kurang tiga ciri penting telah membantu melakukan hal seperti itu iaitu kemampuan organisasi, kebiasaan kerja yang baik dan ketekunan.

Seorang professor fizik mengungkapkan kejayaan sepeti berikut, "Bekerja keras dan gigih dengan kemampuan untuk menjadikan diri sebagai teladan." Dia mengakui bahawa dia bekerja hingga 100 jam seminggu.

Disamping 5 ciri yang dipaparkan disini, masih ada lagi faktor lain yang mempengaruhi kejayaan; kepimpinan, kreativiti, hubungan dengan orang lain dan tentu saja, nasib baik. Tetapi akal sihat, menguasai pengetahuan tentang bidang yang diceburi, kepercayaan diri, kecerdasan dan kemampuan untuk mengerjakan segala sesuatu hingga selesai merupakan ciri yang paling penting. Jika anda telah mengembangkan ciri-ciri ini, anda pasti akan berjaya.


1 comments: